Cabaran untuk mendapatkan servis kewangan seperti pinjaman dan sebagainya merupakan suatu isu untuk para usahawan SME dan usahawan online saiz kecil hingga sederhana. Realitinya, bank konvensional kurang menawarkan perkhidmatan pinjaman dan kewangan tersebut. Sebagai inisiatif untuk menyokong lebih ramai usahawan digital dan perniagaan online, servis pinjaman perniagaan online dan SME kami membantu para usahawan mendapatkan dana pinjaman tanpa sebarang cagaran.
Meskipun perniagaan online tidak mempunyai kedai fizikal, kelebihan mereka adalah sokongan digital yang kuat daripada komuniti internet serta “followers” yang menyukai produk dan servis mereka. Cara pemasaran yang baik dan strategi bisnes yang pintar akan membantu perniagaan struktur baharu ini mencapai kejayaan pada zaman teknologi pintar sekarang.